Hati,
Tempat dimana semua perasaan berkumpul.
Kadang kala,
Sedih menguasainya hingga air mata itu mengalir.
Kadang kala,
Bahagia menguasainya hingga bibir mula menarik.
Kadang kala,
Marah menguasainya hingga perbuatan buruk dilakukan.
Hati,
Suatu yang berkuasa,
Dapat mengawal pergerakan dengan perasaan,
Kadang kala otak juga tak mampu merubah pendiriannya.
Sekiranya hati tak sehaluan dengan otak,
Mungkin suatu yang buruk akan berlaku.
Sekiranya otak tak sehaluan dengan hati,
Mungkin kesedihan menguasai.
Sekiranya hati dan otak bersatu,
Kegembiraan dan kebaikan pasti akan berlaku..
~Maaf andai yang ditulis tidak sehaluan dengan pemikiran yang lain~
#amniftrh.zbr